Sunday 6 May 2018

Cara menghilangkan plak dan karang gigi



Tengok gambar diatas pun kita dah gelikan. Saya share pun gambar yang minimal karang giginya. Sebab geli nak tunjuk karang gigi yang dah merosokkan struktur gusi dan gigi seseorang. 

Amat penting untuk kita menjaga kebersihan mulut dan gigi. Kerana apabila kita bercakap atau tersenyum giglah dulu yang orang akan nampak dan perhatikan. Kalau cantik dan bersih gigi nya maka lebih selesa untuk kita berbual. Dan orang tidak cuba untuk menjauhkan diri kerana gigi yang tidak dijaga akan mengakibatkan plak dan karang gigi yang boleh mendatangkan bau yang kurang enak. 

Permukaan gigi yang tidak dibersihkan betul-betul akan membentuk lapisan nipis biofilm yang mengandungi banyak mikroorganisma baik dan buruk. Mikroorganisma ini akan bergabung dengan sisa makanan dan membentuk plak gigi. Plak gigi akan matang selepas 1-2 hari sekiranya gigi tidak diberus. Plak ini akan menyebabkan radang gusi di mana gusi membengkak dan berwarna merah dan akhirnya akan menyebabkan mulut berbau kerana pembentukan bakteria dari plak yang terbentuk. Adakalanya mulut tidak berbau tetapi gigi mula goyang dengan sendirinya tanpa sebab. Awas ya plak boleh berlaku dalam gusi juga. Plak boleh melemahkan gusi dan menyebabkan gigi goyang. 

Jagalah kesihatan mulut dan gigi sebelum terlmbat ya. Sekiranya plak gigi ini tidak dibersihkan secara optimal lama kelamaan akan terbentuk karang gigi dimana rawatan doktor amat diperlukan. Kerana hanya alat scaler ultrasonik doktor sahaja yang boleh menghilangkan karang gigi ini. Kebiasaan karang gigi ini berlaku di sebelah dalam gigi yang agak tersorok untuk diberus. Dan lebih tertumpu dibahagian kepala gigi yang terletak berdekatan dengan gusi. Jadi jangan lupa untuk gosok gigi di bahagian dalam juga ya. 



Jadi sebaik-baiknya kita kurangkan makanan yang mendorong kepada pembentukan plak dan karang gigi ini.  Beberapa makanan yang mendorong kepada terjadinya plak dan karang gigi ini adalah:
  1. Makanan dan minuman yang mengandungi banyak gula. Gula merupakan makanan bakteria. Bakteria akan bergabung dengan gula dan menghasilkan zat asam berbahaya yang akan merosakkan enamel gigi dan terbentuknya plak dan akhirnya karang gigi
  2. Sumber makanan yang mengandungi yis. Yis mengandungi bakteria yang boleh merosakkan  gigi kerana ia boleh masuk hingga ke dalam gusi dan sampai ke dasar gigi dan akan menyebabkan gusi membengkak akibat plak gigi dan menyebabkan gigi goyang dan tidak kuat. Ini perlu diberi rawatan rapi doktor pakat bagi membuang semua plak yang ada di dalam gusi. 
Jadi kesimpulanya buatlah rawatan gigi berkala dan berus gigi dengan cara yang betul. Sekiranya anda baru makan makanan manis atau mengandungi yis segeralah memberus gigi bagi mengelakkan terbentuknya plak dan karang gigi ini. 

Satu tips mudah dan jimat untuk kita pastikan mulut kita sihat dan bersih sebelum tidur, ambil sedikit garam dan larutkan dalam air dan kumur. Tak perlu bahan kumur mahal2 tu. Garam sudah cukup baik untuk memelihara mulut kita untuk kekal sihat dan bebas bakteria. 



Bukan itu sahaja vitamin shaklee juga dapat membantu menguatkan struktur gusi dan gigi anda. Amalkan dan insyaallah gigi anda akan kuat dan sihat. 
  1. Ostematrix Shaklee - penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat. 
  2. Vitamin C shaklee - pertumbuhan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah yang sihat. 

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.  Berminat!! Boleh hubungi kak inna ya di talian 0133957655

Shaklee Independant ID : 1084335
H/P : 013 3957655 
FB : Inna Zue Zurin
Page : SeriZurin Nature Vitta e-shop
Blog : www.innazurin.blogspot.my

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

#plakgigi
#karanggigi
#rawatplakgigi
#vitamingigikuat
#agenbangi
#agenputrajaya
#agenbandarseriputra
#surirumahdanshaklee
#dropshipshaklee

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts