Thursday, 5 April 2018

Amalan untuk cegah psoriasis

Assalamualaikum wbt

Sebelum ini saya ada menceritakan apa itu psoriasis dan cara mengawal psoriasiskan!

Hari ini saya ingin berkongsi rasa, pengalaman dan cara untuk mengawal psoriasis. 



Sebelum itu jom tinjau, apa perasaan orang yg mengidap psoriasis?
Biasanya pesakit merasa rendah diri dan kurang keyakinan diri untuk tampil kedepan. Ini kerana keadaan psoriasis yang memang ketara menakutkn seakan-akan boleh berjangkit dan keadaan rupa psoriasis yang buruk. Padahal psoriasis memang tidak berjangkit. 

Akan tetapi apabila kita menerima ujian Allah ini dengan ikhlas percayalah insyaallah kita akan kuat dalam mengharungi semua dugaan yang mendatang. 

Psoriasis saya mula merebak ke tangan selepas bersalin anak no 4. Nampaklah bintik-bintik merah di atas tapak tangan tu dan orang mula bertanya kenapa dengan tangan tu. Macam biasa bila kita kata psoriasis orang x tahu apa itu psoriasis. Jadi saya malas nk panjang lebar bercerita saya pun katalah saya memang ada masalah kulit. Tu kekadang dia tenggelam timbul. 

Anggaplah pertanyaan mereka ikhlas. Jangan merasa malu kerana bila kita malu kita akan mula stress dengan pandangan orang. Nanti akan banyak lagilah psoriasis yang akan keluar. 
Tenang- tenang selalu ya kawan- kawan. 

Tapi kitakan manusia, kekadang perasaan sedih melanda apabila melihat keadaan kulit yang tudak sempurna. Saya faham perasaan anda itu. Sayapun kekadang mengalami situasi yang sama. Sedih hanya Allah yang tahu. 

Tapi alhamdulillah selama saya mengidap psoriasis seingat saya adalah 2x saya telefon mami saya berkongsi rasa sedih dgn keadaan psoriasis saya. Kekadang kita ingin seseorang mendengar luahan perasaan kita apa yang kita rasa. Selepas tu kita aka merasa lega. Selalunya memang saya tidak memikirkan sangat keadaan psoriasis ini. Buat apa nk difikirkan sangat kerana akan membuat kita lebih stress. Ambil al quran baca lebih baik bagi menenangkan jiwa. 

Di antara aktiviti dan amalan yang dapat menambah baik keadaan pengidap psoriasis adalah:
  1. Senaman bagi mengeluarkan toksin melalui peluh. Toksin yang berlebihan bagi orang psoriasis akan dirembeskan melalui kulit yang mengakibatkan kulit menebal dan berkuping-kuping. Apabia berpeluh maka toksin yang dikeluarkan adalah semulajadi. 
  2. Beristighfar, solat dan berdoa bagi menenangkan roh. Ini dapat mengurangkan stress. 
  3. Memastikan makanan yang diambil segar dan semulajadi dan elakkan makanan diproses dan ditinkan untuk mengurangkan kadar toksin daripada makanan yang diproses. 
  4. Elakkan makanan berkacang. Kacang sangat tinggi urik asidnya. Percayalah sekiranya anda makan 1 packet kacang keesokan harinya pasti bilangan psoriasis anda akan bertambah. 
  5. Kurangkan makanan bergula dan berkabohidrat tinggi. Gula adalah penyebab psoriasis akan lebih banyak. 

Saya ada sebuah buku “ psoriasis can be cured “ yang dibeli pada tahun 2004 dari usa. Pada masa tu buku ni berharga lebih kurang rm100 termasuk kos pengeposan. Di dalam buku ini memang melarang akan pengambilan gula, kabohidrat dan kacang dalam menu diet harian kita. Ramai yang telah sembuh. Cuma kita orang asia ini agak sukar untuk elakkan nasi yang merupakan makanan harian yang tinggi kabohidratnya.  

Kalau anda kuat semangat cubalah mana tahu akan berhasilkan. Insyaallah bila ada kelapangan saya akan kongsikan info penting dalam buku ini ya. 

Jangan lupa baca entry saya sebelum ini. 

Ok cukup untuk hari ni ya. Kita sambung lagi di lain masa. Saya nak masak dan mengemas rumah. Kalau nk berkongsi kisah hidup anda dengan saya tentang psoriasis boleh whatsapp saya. Jangan  mudah putus asa untuk mencuba vitamin shaklee. Saya pun pernah merasa putus asa sebab puas mencari ubat tapi belum ada yang sesuai. Tapi saya kuatkan semangat untuk terus mencuba dan bertawakal agar satu hari Allah akan beri kesembuhan kepadaku dan ketemukan penawar bagi sakitku. Sekarang dapat merawat dan mengawal psoriasis pun dah cukup baik bagi saya. Syukur alhamdulillah.....tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Tiada yang mustahil bila anda percaya. Insyaallah pasti ada penawar dan jalan. 


Shaklee Independant ID : 1084335
H/P : 013 3957655 
FB : Inna Zue Zurin
Page : SeriZurin Nature Vitta e-shop
Blog : www.innazurin.blogspot.my

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

#psoriasis
#psoriasisdanshaklee
#vitaminuntukpsoriasis
#puncapsoriasis
#kawalpsoriasis
#sayadanpsoriasis
#agentbangidanputrajaya
#surirumahjanapendapatan


Wednesday, 4 April 2018

Vitamin C Shaklee Terlajak Laris


Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’ (pelepasan masa) . Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat iaitu 1.5mg selama setiap jam. 

Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita untuk setiap jam. 

Ini bermakna bila kita ambil sebiji vitamin C Shaklee, badan kita tidak terus menerima 500mg vitamin C. Sebaliknya ia akan dilepaskan sedikit sedikit iaitu 100mg untuk setiap jam selama 5 jam. 

Keadaan vitamin C bersifat larut air dan ini 
 mememudahkan penyerapan keperluan vitamin C oleh badan dan ianya mudah terhapus dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, terlalu fokus terhadap pc dan handphone, berhadapan dengan cuaca panas dan sebagainya. Jadi vitamin C yang dianbil ini akan terpelihara dan badan anda menerima bekalan vitamin C yang mencukupi setiap hari. Jadi amalkan pengambilan vitamin C dalam diet harian kita.





Vitamin C shaklee merupakan vitamin yang paling laris di dalam carta jualan Shaklee. Kenapa Vitamin C shaklee famous sangat ni!!

Nak tahu kenapa?
Sudah semestinya ia famous kerana banyak kebaikan dan manfaat yang boleh diperolehi daripada hanya sebiji vitamin C shaklee ini.
Jom kita tengok apa kebaikan vitamin C shaklee ini sampai terlajak laris :
  1. Mencerahkan kulit.
  2. Melambatkan proses penuaan.
  3. Menguatkan struktur gigi, gusi dan mengatasi masalah gusi berdarah. 
  4. Menghalang pembentukan pigmen yang menghalang masalah jeragat.
  5. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi 
  6. Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi.
  7. Membantu memulihkan selsema, dan mengurangkan masalah resdung dan bersin waktu pagi. 
  8. Membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan. 
  9. Mempercepatkan proses penyembuhan luka,kudis dan demam 
  10. Perhatian untuk perokok atau mereka yang bergaul dengan perokok kerana 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C. Jadi pengambilan Vitamin C dapat memenuhi keperluan vitamin C oleh badan.
  11. Mengekalkan kolesterol sihat kerana ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
  12. Memerangi kanser kerana ianya satu-satunya anti oksidan yang berkuasa meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.


Pentingnya Vitamin C kepada tubuh badan kita kerana :
  1. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
  2. Tubuh kita akan kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.
  3. Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
  4. Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam badan mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
  5. Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.
  6. Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu meberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan kulit, dan awet muda.
Hubungi saya untuk order Vitamin C Shaklee terlajak laris ini. Tak rugi tau cuba vit C shaklee. Insyaallah anda pasti akan nampak perubahan yang nyata. Kulit cantik dan muka bersinar-sinar. Saya x tipu tau. 😍😍😍

Shaklee Independant ID : 1084335
H/P : 013 3957655 #SMS/CALL/WHATSAPP/TELEGRAM#
FB : Inna Zue Zurin
Page : SeriZurin Nature Vitta e-shop
Blog : www.innazurin.blogspot.my

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Tiada yang mustahil jika anda percaya. InsyaAllah...

#vitaminCShaklee
#Awetmuda
#kebaikanvitaminC
#banturawatresdung
#ubatsemulajadiselsema
#antioksidantinggi


Tuesday, 3 April 2018

Turunkan Kolesterol dengan Set Shaklee

APA ITU KOLESTEROL?

Kolesterol adalah sejenis lemak yang disebut sebagai lipid yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan kita boleh menghasilkan kolestrol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat 2 jenis kolesterol
  1. Kolesterol baik HDL
  2. Kolesterol jahat LDL




Apakah Itu Kolesterol Baik Dan Kolesterol Jahat?
Tubuh memerlukan kolestrol ‘baik’ untuk berfungsi dengan sempurna. Namun, kita biasanya akan makan terlalu banyak lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan peningkatan kolestrol jahat iaitu kolestrol LDL. 
Kolestrol LDL ini mengakibatkan plak terkumpul di arteri lalu mengakibatkan sakit jantung. Anda perlu meningkat kolestrol HDL (kolestrol baik) untuk menurunkan paras kolestrol jahat kerana kolestrol baik membantu membersihkan kolestrol buruk dari darah anda. Mulakan dengan pola pemakanan yang sihat.

Sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti berikut:-

  1. Bacaan Kolestrol lebih 6.0 mmol/L hingga capai 8 lebih
  2. Sakit Belakang, Letih Melampau, Cepat Mengantuk
  3.  Tangan Kebas. 
  4. Pergelangan dan tumit kaki sakit. 
  5. Bintik2 putih di sekililing mata. 

AWAS

Jika anda terus membiarkan paras kolestrol dalam badan anda lebih tinggi dari paras normal, bersedialah untuk terima penyakit-penyakit yang berpotensi seperti dinyatakan di bawah

  •  Sakit Dada
  •  Serangan jantung
  •  Tekanan darah tinggi
  •  Angin ahmar atau stroke
  •  Penyakit Pembuluh Darah Perifier


Makanan yang dapat membantu kurangkan kolesterol LDL adalah 



1. OATMEAL DAN MAKANAN BERSERAT
Oatmeal mengandungi serat larut yang mengurangkan kadar LDL atau dikenali sebagai kolesterol jahat. Serat larut mengurangkan penyerapan kolesterol ke dalam salur darah.

2. IKAN DAN ASID LEMAK OMEGA-3
Asid lemak Omega-3 membantu mengurangkan tekanan darah sekaligus mengurangkan risiko darah beku.
Ikan sebaiknya di grill atau di bakar di dalam ketuhar untuk mengelakkan terkumpulnya kolesterol akibat deep fried. 
Omega Guard Shaklee : Mengandungi Omega-3 yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia tapi sangat diperlukan oleh badan. Ia merangkumi EPA dan DHA, dan ia amat penting untuk kesihatan manusia.  EPA dan DHA ini akan sangat membantu menurunkan kolesterol LDL (kolesterol jahat).



3. BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN - terutamanya yang kaya sterol. Sterol adalah sejenis elemen di dalam tumbuhan yang menghalang kolesterol daripada di serap ke dalam salur darah, dan seterusnya membuang kolesterol dan lemak dari makanan yang kita makan.

Sterol menghalang kolesterol masuk ke dalam darah. 
PHYTOCOL-ST SHAKLEE mengandungi Fitosterol dari tumbuhan yang telah terbukti berjaya menurunkan bacaan kolesterol.



4.MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun mengandungi anti oksidan yang membantu menurunkan bacaan kolesterol LDL di samping memastikan kolesterol HDL tidak terganggu.
Minyak zaitun yang terbaik adalah ‘Extra Virgin Olive Oil’ yang mengandungi lebih banyak anti oksidan.
Vitamin E Shaklee sangat kaya dengan anti-oksida.

Bagaimana seseorang individu boleh mencegah kolesterol tinggi?
Kebanyakan individu dapat mencegah kolesterol tinggi dengan mengikuti saranan berikut:
  • Berhenti merokok
  • Makan lebih produk susu.
  • Makan makanan berserat tinggi (sayuran, gandum, kekacang dan buah-buahan), rendah lemak (mengelakkan daging merah dan kuning telur) dan karbohidrat rendah (mengelakkan gula ringkas).
  • Menurunkan Berat Badan (Capai Body Mass Index yang optima. Beri tumpuan untuk mengurangkan lemak di perut).
  • Senaman 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 3 hari seminggu
  • Makan ubat yang disyorkan oleh doktor
  • Ubat untuk menurunkan paras kolesterol harus diambil hanya selepas konsultasi doktor.
Kombinasi keadaan tinggi tahap total cholesterol dan LDL dan rendah tahap kolesterol HDL adalah tidak diingini. Sebaliknya kombinasi rendah tahap Jumlah Kolesterol (total cholesterol) dan LDL dan kadar kolesterol HDL yang tinggi adalah disarankan.

Jom tinjau info lanjut set vitamin shaklee yang dapat membantu mengurangkan paras kolesterol jahat di dalam badan anda ;
SET KOLESTEROL SHAKLEE :

1. Phytocol-ST – Membantu Mencegah penyerapan kolesterol ke dalam darah.
Sterol dan stanol tumbuhan adalah sebatian semula jadi yang ditemui dalam tumbuhan, buah, sayur dan bijian. Kajian menunjukkan bahawa apabila ditambah kepada pemakanan sihat, ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda.
Oleh kerana ia mempunyai struktur yang serupa dengan kolestrolmereka akan bersaing untuk penyerapan dan sekaligus membantu meningkatkan kesihatan. Lagi kurang lah risiko saluran darah anda menyerap kolestrol LDL daripada makanan.
Jadi ambil Phytocol-ST ini sebelum mengambil makanan yang berkolestrol tinggi, kandungan sterol dan stanol tumbuhan yang semula jadi ini, akan menghalang penyerapan kolestrol daripada makanan.
Jadi ia menghalang penyerapan kolestrol ke dalam tubuh badan anda secara semulajadi.



2) OmegaGuard – Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi
Antara pelbagai lemak yang ada, terdapat satu yang anda tidak boleh kurangkan, iaitu asid lemak penting Omega-3, di mana tubuh anda tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.
Dua jenis Omega-3 yang utama adalah EPA dan DHA, dan ia amat penting untuk kesihatan manusia.
EPA dan DHA ini akan membantu menurunkan kolestrol LDL berlebihan dalam salur darah kita.
Shaklee Independant ID : 1084335
H/P : 013 3957655 #SMS/CALL/WHATSAPP/TELEGRAM#
FB : Inna Zue Zurin
Page : SeriZurin Nature Vitta e-shop
Blog : www.innazurin.blogspot.my

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Tiada yang mustahil jika anda percaya. InsyaAllah...
#kolesterol
#kolesteroldanshaklee
#kolesteroltinggi
#kolesteroldanrawat
#omegaguard
#phytocol
#sakitjantung
#surirumahjanapendapatan

Monday, 2 April 2018

Istimewanya ESP Shaklee





Serbuk Shaklee ESP protein soya adalah makanan yang bernutrisi dan enak untuk seisi keluarga.

Apakah kelebihan ESP Soya Protein Shaklee ini ?
ESP Shaklee menggunakan soya yang tidak diubahsuai secara genetik protein soyanya. [ non gmo]

ESP Shaklee dimana setiap hidangan mengandungi 14 gam protien berkualiti yang rendah lemak serta tanpa laktosa dan tanpa kolestrol.

ESP Shaklee dihasilkan dengan keperluan biologi yang lengkap dengan 9 jenis asid amoni perlu.

Ia mempunyai PDCAAS [ Skor penghadaman protein kepada asid amino] skor 1.0 yang mana keududukan tertinggi dan sama dengan protein haiwan.

Mengandungi 5 jenis keperluan vitamin B dan separuh daripada keperluan kalsium harian.

Mengandungi isoflavons semulajadi daripada soya.

Kunci kepada Soya Protein Shaklee adalah kemampuan memberi tenaga untuk satu jangkamasa panjang dimana saintis merujuk kepada tidak balas glisemiks. Makanan yang mempunyai rendah glisemik indeks bantu mengekalkan tahap gula yang stabil ,mengawal pengambilan karbohaidrat, membuat anda rasa kenyang lebih lama dan membantu mengawal nafsu makan dengan lebih mudah. Formula glisemiks indeks yang rendah ini membantu mengekalkan tenaga selepas berjam-jam dan membantu mengurangkan rasa lapar.

Sumber soya protein non- GMO ini telah dihasilkan dibawah Program Pemeliharaan Indentiti [IPP] yang bermaksud sumber kacang soya ini dipantau dan dikawal dengan ketat sepanjang proses penanaman sehingga pemprosesan.

Jom kita tengok testimoni pengguna yang konsisten ambil esp. betapa awesomenya kulit diaorang. Gebu, putih, licin dan berseri-seri.

Muka tanpa makeup dah cukup berser-seri. Nampak muda, licin dan bersinar-sinarkan. 
Apalagi mesti cuba tau. Banyak faedahnya esp ni bukan untuk kilit muka sahaja satu badan kulit cantik tau. Disamping memberi tenaga, membantu kurangkan berat juga dan membantu membakar kalori 30%. 





Shaklee Independant ID : 1084335
H/P : 0133957655
#SMS/CALL/WHATSAPP/TELEGRAM#
FB : Inna Zue Zurin
Page : SeriZurin Nature Vitta e-shop
Blog : www.innazurin.blogspot.my

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

#istimewanyaesp
#promosiesp
#sumberprotein
#stokpuasa
#sumbertenaga


Sunday, 1 April 2018

Mencari ilmu di mana-mana





Inilah rutin saya sekarang seminggu sekali atau selang 2 minggu membantu memantau pelajar semasa program sekolah mengikuti bengkel upsr di UKM. 

Banyak ilmu dapat saya pelajari kerana silibus sekarang sudah jauh berbeza dengan silibus saya dahulu. Boleh saya gunakan untuk menyemak latihan anak di rumah kelak. 

Pada masa yang sama sempat berkongsi kebaikan vitamin shaklee dengan prospek yang turut hadir. Mudah-mudahan mendapat keberkatan daripadaNya. Berkongsi kebaikan vitamin shaklee secara x langsung sambil  pantau anak-anak mencari ilmu. 

Saya isteri, ibu, surirumah dan sempat menjalankn bisnes shaklee di mana-mana. Insyaallah niat baik akan baiklh ganjaranNya. 

Shaklee Independant ID : 1084335
H/P : 013 3957655 #SMS/CALL/WHATSAPP/TELEGRAM#
FB : Inna Zue Zurin
Page : SeriZurin Nature Vitta e-shop
Blog : www.innazurin.blogspot.my

Tiada yang mustahil jika anda percaya. InsyaAllah...

#prospekshaklee
#vitaminshaklee
#agentbangiputrajaya
#surirumahdanshaklee
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts