Sebelum ini saya ada menceritakan apa itu psoriasis dan cara mengawal psoriasiskan!
Hari ini saya ingin berkongsi rasa, pengalaman dan cara untuk mengawal psoriasis.
Sebelum itu jom tinjau, apa perasaan orang yg mengidap psoriasis?
Biasanya pesakit merasa rendah diri dan kurang keyakinan diri untuk tampil kedepan. Ini kerana keadaan psoriasis yang memang ketara menakutkn seakan-akan boleh berjangkit dan keadaan rupa psoriasis yang buruk. Padahal psoriasis memang tidak berjangkit.
Akan tetapi apabila kita menerima ujian Allah ini dengan ikhlas percayalah insyaallah kita akan kuat dalam mengharungi semua dugaan yang mendatang.
Psoriasis saya mula merebak ke tangan selepas bersalin anak no 4. Nampaklah bintik-bintik merah di atas tapak tangan tu dan orang mula bertanya kenapa dengan tangan tu. Macam biasa bila kita kata psoriasis orang x tahu apa itu psoriasis. Jadi saya malas nk panjang lebar bercerita saya pun katalah saya memang ada masalah kulit. Tu kekadang dia tenggelam timbul.
Anggaplah pertanyaan mereka ikhlas. Jangan merasa malu kerana bila kita malu kita akan mula stress dengan pandangan orang. Nanti akan banyak lagilah psoriasis yang akan keluar.
Tenang- tenang selalu ya kawan- kawan.
Tapi kitakan manusia, kekadang perasaan sedih melanda apabila melihat keadaan kulit yang tudak sempurna. Saya faham perasaan anda itu. Sayapun kekadang mengalami situasi yang sama. Sedih hanya Allah yang tahu.
Tapi alhamdulillah selama saya mengidap psoriasis seingat saya adalah 2x saya telefon mami saya berkongsi rasa sedih dgn keadaan psoriasis saya. Kekadang kita ingin seseorang mendengar luahan perasaan kita apa yang kita rasa. Selepas tu kita aka merasa lega. Selalunya memang saya tidak memikirkan sangat keadaan psoriasis ini. Buat apa nk difikirkan sangat kerana akan membuat kita lebih stress. Ambil al quran baca lebih baik bagi menenangkan jiwa.
Di antara aktiviti dan amalan yang dapat menambah baik keadaan pengidap psoriasis adalah:
- Senaman bagi mengeluarkan toksin melalui peluh. Toksin yang berlebihan bagi orang psoriasis akan dirembeskan melalui kulit yang mengakibatkan kulit menebal dan berkuping-kuping. Apabia berpeluh maka toksin yang dikeluarkan adalah semulajadi.
- Beristighfar, solat dan berdoa bagi menenangkan roh. Ini dapat mengurangkan stress.
- Memastikan makanan yang diambil segar dan semulajadi dan elakkan makanan diproses dan ditinkan untuk mengurangkan kadar toksin daripada makanan yang diproses.
- Elakkan makanan berkacang. Kacang sangat tinggi urik asidnya. Percayalah sekiranya anda makan 1 packet kacang keesokan harinya pasti bilangan psoriasis anda akan bertambah.
- Kurangkan makanan bergula dan berkabohidrat tinggi. Gula adalah penyebab psoriasis akan lebih banyak.
Saya ada sebuah buku “ psoriasis can be cured “ yang dibeli pada tahun 2004 dari usa. Pada masa tu buku ni berharga lebih kurang rm100 termasuk kos pengeposan. Di dalam buku ini memang melarang akan pengambilan gula, kabohidrat dan kacang dalam menu diet harian kita. Ramai yang telah sembuh. Cuma kita orang asia ini agak sukar untuk elakkan nasi yang merupakan makanan harian yang tinggi kabohidratnya.
Kalau anda kuat semangat cubalah mana tahu akan berhasilkan. Insyaallah bila ada kelapangan saya akan kongsikan info penting dalam buku ini ya.
Jangan lupa baca entry saya sebelum ini.
Ok cukup untuk hari ni ya. Kita sambung lagi di lain masa. Saya nak masak dan mengemas rumah. Kalau nk berkongsi kisah hidup anda dengan saya tentang psoriasis boleh whatsapp saya. Jangan mudah putus asa untuk mencuba vitamin shaklee. Saya pun pernah merasa putus asa sebab puas mencari ubat tapi belum ada yang sesuai. Tapi saya kuatkan semangat untuk terus mencuba dan bertawakal agar satu hari Allah akan beri kesembuhan kepadaku dan ketemukan penawar bagi sakitku. Sekarang dapat merawat dan mengawal psoriasis pun dah cukup baik bagi saya. Syukur alhamdulillah.....tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Tiada yang mustahil bila anda percaya. Insyaallah pasti ada penawar dan jalan.
Shaklee Independant ID : 1084335
H/P : 013 3957655
FB : Inna Zue Zurin
Page : SeriZurin Nature Vitta e-shop
Blog : www.innazurin.blogspot.my
e mail : zuriena1006@gmail.com
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
#psoriasis
#psoriasisdanshaklee
#vitaminuntukpsoriasis
#puncapsoriasis
#kawalpsoriasis
#sayadanpsoriasis
#agentbangidanputrajaya
#surirumahjanapendapatan
No comments:
Post a Comment