Thursday, 19 April 2018

Perbezaan antara bersedekah dan berhutang



Umum sudah mengetahui kelebihan bersedekah buat penerima dan pemberi. Ia adalah proses perkongsian rezeki yang diberkati dan digalakkan dalam Islam.
Kebaikan bersedekah kepada pemberi adalah untuk membersihkan harta dan jiwanya, juga untuk mengelakkan musibah dan penyakit. Saidina Ali R.A berkata bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda;
“Bersegeralah bersedekah, sebab bala bencana tidak pernah bisa mendahului sedekah.”
Riwayat Imam Baihaqi
Perkara berkaitan juga dinyatakan dalam hadis ini;
“Sedekah dapat menolak 70 macam bencana, dan yang paling ringan adalah penyakit kusta dan sopak.”
Riwayat Thabrani
Kebaikan untuk penerima pula terutamanya adalah peningkatan dari segi ekonomi untuk dirinya mahupun keluarganya.
Oleh yang demikian, sudah pasti sedikit sebanyak akan terdetik keinginan untuk bersedekah dalam hati setiap insan. Tidak banyak, mungkin sedikit. Tidak selalu, mungkin sekali-sekala.
Hati ingin bersedekah, terlalu ingin bersedekah tetapi perasaan tidak tenteram kerana sering dihubungi pemungut hutang, sama ada dari bank atau dari syarikat pemungut hutang.
Apa yang paling patut dilakukan sekiranya diri masih dikelilingi, dibebani dan dikejar hutang-piutang?
Usah gundah kerana jalan terbaik untuk menyelesaikan dilema antara membayar hutang dan mengeluarkan sedekah ada dinyatakan dalam hadis ini.
“Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.”
Riwayat Muslim
Ketahuilah bahawa antara mengeluarkan sedekah atas rezeki yang diperolehi dengan membayar hutang, membayar hutang itu lebih diutamakan.
Malah, melengah-lengahkan membayar hutang itu bukan meredakan masalah tetapi akan menambah burukkan keadaan.
“Siapa yang membawa harta orang lain (seperti hutang) dan dia berniat untuk tidak mengembalikannya maka Allah akan menghilangkannya.”
Riwayat Bukhari

#peringatanuntukdirisendiri
#sedekah

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts