Wednesday, 25 April 2018

BIAR IMPIAN TINGGI MELANGIT

Assalamualaikum wbt

Pernah kah anda berIMPIAN tinggi melangit? Saya pasti semua orang pernah berIMPIAN kan. Tak rugi kita punya IMPIAN kerana IMPIAN itu menenangkan kita dan kadang kala menjadi pendorong untuk kita terus maju ke depan dan akhirnya berjaya. 



Orang kata biar IMPIAN tinggi melangit bagai nak capai bintang dilangit dan paling kurang tinggipun sampai pokok kelapa. Fuhhh tinggi tu. Kenapa perlu ada IMPIAN yang tinggi melangit ni! 



IMPIAN lah yang akan mendorong kita berusaha untuk mencapai apa yang diIMPIKAN. Melalui IMPIAN juga terHASILnya apa yang kita impikan. Misalnya IMPIAN menunaikan haji atau umrah, impian punya rumah besar, impian melancong ke luar negara, impian nak hidup senang dan segala macam impian kita boleh IMPIkan. 

IMPIAN ni nak capai ada syarat dan caranya iaitu :
🌸 USAHA sehabis baik iaitu bekerja keras untuk mencapai IMPIAN. 
🌸 DOA dan jaga hubungan dengan ALLAH. 
🌸 TIRU cara orang yang berjaya tu buat sampai dapat. Misalnya upline shaklee telah berjaya menunaikan umrah vip shaklee. Mesti ada CARA nya, belajar daripada dia dan cuba praktikkan. 
🌸 FOKUS dan TARGET dengan apa yang kita impikan nak capai dan berdikari dalam mengejar impian. 

Jadi tak salah kita punya IMPIAN. Boleh dikatakan saban tahun kita ada IMPIAN barukan. Cuma kali ini cuba kita target satu IMPIAN dan buat sampai berjaya. 

Bestnya tengok  pasukan shaklee yang terpilih untuk menunaikan umrah tahun ni. IMPIAN saya mudah-mudahan saya dan suami terpilih untuk ke tanah suci Mekah seperti mereka suatu hari nanti. Insyaallah tiada yang mustahil bila anda percaya dan berusaha. Aminnn. Doakan saya ya❤️❤️❤️

#impiansaya
#impiantinggimelangit
#impianakanmenjadikenyataan
#sayajualshaklee
#agenbangiputrajaya
#surirumahluarbiasa

Tuesday, 24 April 2018

IBU TUNGGAL DENGAN BIZ ROTI MURAH DAN LAZAT

Assalamualaikum wbt

Hari ni saya ingin berkongsi kisah bagaimana  seorang ibu tunggal menyara 4 orang anak dengan berniaga roti, kuih kapit dan bawang goreng di Bangi. Bagi saya kak salmi seorang ibu yang sangat hebat. 

Saya berkenalan dengan kak Salmi secara kebetulan kerana menguruskan makanan untuk kelas tambahan anak-anak tahun 6 Abu Bakar di sekolah anak saya.  Kak salmi sangat tabah dalam membesar kan anak-anaknya bersendirian selepas kematian suami 3 tahun yang lalu. Tambahan pula anak bongsu kak Salmi adalah OKU. Saya sangat kagum dengan semangat beliau. 




Kak Salmi meniaga roti yang sangat murah daripada harga pasaran. Di mana anda tak akan dapat di mana-mana. Percayalah rasanya sangat sedap seperti anda beli di bakery tau. Hanya rm1 untuk setiap jenis roti. Murah sangatkan. 








Selain daripada itu kak salmi turut meniaga kuih kapit kosong, berinti coklat dan kacang. Inipun saya suka. Memang sedap dan murah. Berbaloi-baloi.  Selain daripada itu ada juga bawang goreng. Yang mana 100% bawang goreng ya. Bawang goreng kak salmi sangat famous di bangi. 

Kepada anda yang berminat nak beli bolehlah hubungi kak salmi ya di talian 0183142304

#rotimurahbangi
#kuihkapit
#bawanggoreng
#ibutunggal
#kaksalmi
#sayarespectkaksalmi


VITAMIN UNTUK UMRAH @ MELANCONG

Assalamualaikum wbt

Semoga anda semua sentiasa dalam rahmat Allah dan dalam lindunganNya. Aminn

Hari ni saya ingin bercerita mengenai persiapan sebelum dan semasa percutian menunaikan umrah atau melancong ke mana sahaja. Mudah-mudahan dapat membantu anda yang sudah mendapat jemputan ke tanah suci atau percutian keluarga. 

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda ingin pergi menunaikan umrah atau melancong pastikan bekalan ubat semasa kecemasan ada dibawa sekali seperti pcm dan minyak angin atau gamat sekiranya berlaku kembung perut dan sebagainya. 

Begitu  juga suplemen tambahan Shaklee sangat membantu bagi memastikan anda mendapat bekalan tenaga secukupnya sepanjang perjalanan perlancongan anda. 



SET VITAMIN UMRAH DAN PERLANCONGAN

Set Vitamin di atas sangat membantu anda kerana :

🌸 Performance Drink - Elak daripada berlakunya dehidrasi dan juga membekalkan tenaga segera. 
🌸 Vitalea - multivitamin lengkap dengan zat besi. Sepanjang perjalanan mungkin bekalan zat makanan yang diambil tidak seimbang jadi vitalea membantu badan kekal sihat kerana membekalkan sumber vitamin, dan mineral yang mencukupi untuk badan. 
🌸 Omega - memastikan perlindungan daripada anti radang seperti lenguh-lenguh dan kebas kaki. 
🌸 Ostematrix - membantu badan sentiasa kekal bertenaga sepanjang perjalanan umrah @ perlancongan. Membantu menyokong sendi dan otot. 
🌸 Vitamin C - membekalkan vitamin C untuk memastikan ketahanan badan kuat daripada serangan batuk, demam dan selsema akibat pertukaran cuaca ditempat baru. Di samping itu ia juga melindungi badan daripada serangan radikal bebas. 

Dalam masa kita menunaikan umrah, haji atau melancong,  kesihatan harus dijaga agar kita dapat menunaikan umrah atau melancong dengan mudah dan sempurna. Kalau dah sakit nak jalan pun tak berdaya kan dah rugi percutian kita tu. Bukan senang nak dapat peluang pergi ke luar negara nikan. Kalau boleh persiapkanlah diri dengan mental dan fizikal yang lengkap sebelum kita pergi melancong. Oleh itu kesihatan dari sebelum percutian juga haruslah dijaga, barulah kita mendapat percutian yang benar-benar sempurna dan berbaloi kan. 



Kalau ada budget lebih boleh bawa nutriferon. Untuk bekalan ibu ayah kita agar kekal sihat dan cergas di tanah suci apa salah nya kan kita bekalkan vitamin ini untuk mereka. 

Sekiranya anda berminat dengan set vitamin di atas boleh lah hubungi k inna ya di talian 0133957655

 Shaklee Independant ID : 1084335
H/P : 013 3957655 
FB : Inna Zue Zurin
Page : SeriZurin Nature Vitta e-shop
Blog : www.innazurin.blogspot.my

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

#sayajualshaklee
#vitaminumrah
#vitaminshaklee
#surirumahdanshaklee
#agenbangjdanputrajaya


Monday, 23 April 2018

Alhamdulillah janji Allah itu pasti

🌸Bismillahirrahmanirrahim🌸

Ada sorang peniaga tauhu yg setiap hari dia pergi jual tauhu dia kt pasar. Untuk sampai pasar, dia kena naik kenderaan awam.

Untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui padang sawah.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah supaya tauhunya semua habis dijual. 

Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Barang dagangannya selalu habis dijual.

Satu hari tu, semasa dia lalu di sawah nak menuju ke jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba2 dia terjatuh ke dalam sawah tersebut. 

Habis semua tauhunya jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan aje keuntungan, modal pun habis. 
 
Dia mengeluh kepada Allah, bahkan menyalahkan Tuhan, mengapa dia diberi ujian sampai mcm ni sekali? Padahal dia selalu berdoa dan solat setiap pagi.

Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahawa kenderaan yg disewanya setiap hari pada pagi tu telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban! Hanya dia satu2nya bakal penumpang yg selamat, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi utk berniaga pd hari itu dan membawa semua  tauhu-tauhunya yg sdh rosak dan penyek.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorg penternak itik 🦆 telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yg anehnya penternak itik 🦆 itu mencari tauhu yg rosak/hancur krn ia hanya utk dicampurkan dan dimakan oleh itik 🦆 sahaja. Terus peniaga itu menangis krn tauhunya yg rosak hendak dibeli semuanya oleh penternak itik 🦆 itu. 

PENGAJARAN

Doa tidak semestinya dimakbulkan sesuai dgn permintaan, tapi ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yg jauh lebih baik dari yg diminta.

Allah Maha Mengetahui keperluan kita jika dibandingkan dengan diri kita sendiri.

Sebab tu, janganlah jemu berdoa, jangan sesekali mengeluh jugak, apalagi mengutuk! 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu 
padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan manusia tidak mengetahui” (Al Baqarah ayat 216).

“Jika Tuhan menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Dia tidak menjawab doamu, Dia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.” 

Semoga hari ini dan hari hari seterusnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahanNya.

Siapa Yang Baca Sampai Habis. Ucaplah #Alhamdulillah kerana janji ALLAH itu pasti.

*Semoga bermanfaat untuk semua.*

#bersangkabaikdenganAllah
#janjiAllahitupasti
#peringatanuntukdirisendiri

Kenali Apa Itu Hipotensi (Tekanan Darah Rendah) dan Cara Atasinya

Assalamualaikum wbt

Hari ni saya nak bincangkan topik TEKANAN DARAH RENDAH iaitu perkataan saintifiknya ialah HIPOTENSI. 

Pernahkah anda merasa ketika berdiri lama, kemudian tiba-tiba merasa pening dan mata berpinar-pinar, bahkan sampai jatuh pengsan. Mungkin ada yang mengatakan hal itu terjadi kerana anda belum makan seharian. Namun tahukah anda, sebenarnya boleh jadi itu sebenarnya adalah tanda-tanda bahawa anda mengalami tekanan darah rendah atau biasa disebut dengan hipotensi.

Hipotensi merupakan keadaan di mana tekanan darah di dalam arteri lebih rendah daripada tekanan darah normal. Ketika darah mengalir melalui arteri, darah akan memberikan tekanan pada dinding arteri, tekanan tersebut yang dinilai sebagai ukuran kekuatan aliran darah dan disebut dengan tekanan darah. Kekurangan jumlah darah yang mengalir ke otak dan organ utama lainnya seperti otak atau ginjal, dapat terjadi apabila tekanan darah terlalu rendah. Perkara ini lah yang mengakibatkan kepala terasa pening, badan tidak stabil, dan boleh menyebabkan pengsan.

Terdapat 2 jenis bacaan tekanan darah iaitu: 
  1. Tekanan darah sistolik - bacaan pertama atau yang paling tinggi (atas), tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup dan mengisi mereka dengan darah
  2. Tekanan diastolik- bacaan kedua atau bahagian bawah, tekanan dalam arteri apabila jantung terletak di antara denyutan
Ukuran normal tekanan darah seseorang dengan ukuran tinggi badan, berat badan, tingkat aktivitas normal dan kesehatan secara umum adalah 120/80 mmHG. Namun demikian, beberapa orang mungkin mempunyai nilai tekanan darah dalam lingkungan 110/90 mmHg atau 100/80 mmHg akan tetapi mereka tidak/belum atau jarang menampakkan beberapa simptom sehingga perkara itu dirasakan biasa saja dalam aktiviti seharian mereka. Apabila keadaan itu terus berlanjutan, ditambah dengan beberapa faktor yang memungkinkan mendorong penurunan tekanan darah yang signifikan seperti berpeluh-peluh sejuk yang banyak disebabkan kurang minum, kurang tidur atau kurang berehat (penat dengan aktivit berat) serta haid dengan pendarahan berlebihan (abnormal) maka tekanan darah akan mencapai bacaan rendah (hipotensi) 90/60 mmHg.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan tekanan darah rendah, seperti kehamilan, alergi, faktor psikologi, atau masalah pada jantung. Walau bagaimanapun tidak semua tekanan darah rendah merupakan keadaan serius, Anda tetap tidak boleh mengambil remeh hal ini kerana dalam keadaan tekana darah yang sangat rendah boleh meyebabkan kematian.


Apakah gejala tekanan darah rendah yang sering terjadi?

Tekanan darah rendah merupakan tanda tidak cukupnya darah yang mengalir pada otak dan organ utama lainnya, sehingga dapat menyebabkan beberapa gejala seperti:
  • Pening atau badan terasa ringan
  • Pengsan
  • Penglihatan kabur
  • Degup jantung lebih cepat dari normalnya dan iramanya menjadi tidak teratur
  • Merasa kebingungan
  • Mual atau merasa tidak sedap badan
  • Lemah
  • Berpeluh sejuk
  • Kulit pucat (pucat kerana sakit)
  • Merasa haus atau dehidrasi – dehidrasi selalu menjadi penyebab tekanan darah menurun
  • Susah fokus.
Apabila tiba-tiba Anda mengalami gejala hipotensi seperti di atas, sebaiknya Anda segera meminum air putih, menghentikan kegiatan yang sedang Anda lakukan, kemudian duduk atau berbaring. Biasanya gejala-gejala tersebut akan segera hilang setelah beberapa ketika.

Penyebab Hipotensi - Tekana Darah Rendah
Ada beberapa faktor yang biasanya dapat menjadi penyebab tekanan darah rendah, iaitu:

1. Anemia
Anemia adalah keadaan di mana kandungan hemoglobin di dalam darah rendah. Salah satu gejala anemia adalah tekanan darah rendah.

2. Cuaca
Cuaca udara yang lebih panas dapat menjadi penyebab tekanan darah rendah pada seseorang. Orang yang rutin berolahraga, atau yang sedang berada dalam keadaan rileks biasanya memiliki tekanan darah yang lebih rendah.

3.  Penyakit Saraf
Salah satu penyakit saraf yang mampu menimbulkan hipotensi adalah penyakit parkinson. Ini terjadi saat penyakit parkinson menjangkiti sistem saraf yang mengatur fungsi tubuh otonom seperti mengendalikan tekanan darah.

4.  Dehidrasi
Dehidrasi boleh terjadi karena tubuh kekurangan air dan boleh disebabkan kerana diare, kurang minum atau malah ketika puasa.

5.  Kesan Sampingan Ubat
Beberapa jenis ubat yang boleh menurunkan tekanan darah adalah ubat anti stress dan ubat anti hipertensi seperti alpha-blocker dan beta-blocker.

6.  Neurally Mediated Hypotension
Keadaan yang terjadi ketika seseorang berdiri terlalu lama, sehingga aliran darah berkumpul pada bahagian bawah tubuh.


Cara-Cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah

Pada umumnya hipotensi boleh diatasi dengan melakukan beberapa perkara berikut:


1. Sebaik mungkin untuk tidak berdiri terlalu lama.
2. Memperbanyakkan minum air putih agar terhindar dari dehidrasi yang menjadi penyebab hipotensi.
3. Mengambil makanan yang mengandung garam. Kandungan sodium  dalam garam dapat menaikkan tekanan darah.
4.  Tidur dengan 2-3 bantal agar ketika bangun dan berdiri tidak mengalami penurunan drastik terhadap tekanan darah.
5. Berhenti pengambilan minuman yang beralkohol.

6. Kurangkan minuman berkarbonat
7. Senaman yang bersesuaian untuk membantu melancarkan pergerakan darah. Dan pastikan dapat rehat secukupnya selepas bersenam.
8. Elak mengangkat benda berat
9. Elak guna air panas / pergi spa
10. Makan sedikit2, tetapi kerap dan perlu berehat seketika selepas makan.




Vitamin Shaklee yang membantu mengatasi hipotensi - tekanan darah rendah adalah seperti berikut :
  1. Vitalea - Lengkap dengan sumber vitamin & mineral.
  2. B complex - Mengurangkan stress, penghasilan tenaga.
  3. Vitamin C - Meningkatkan sistem imunisasi/ketahanan badan.
  4. Ostematrix - Kalsium penting untuk mengawal selia tekanan darah.
  5. E.Soy Protein - membekalkan sumber protin dan tenaga
  6. Mealshake - Memenuhi keperluan sumber vitamin dan mineral
  7. Performance Drink - Mengelak dari hidrasi
Hubungi saya untuk info lanjut dan pesanan ya. 0133957655

Shaklee Independant ID : 1084335
H/P : 013 3957655 
FB : Inna Zue Zurin
Page : SeriZurin Nature Vitta e-shop
Blog : www.innazurin.blogspot.my

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Sumber : Hellosihat

#atasitekanandarahrendahdenganshaklee
#vitamintekanandarahrendahshaklee
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts