Friday 30 March 2018

Golongan yang memerlukan protein seimbang

Golongan berikut memerlukan lebih protein yg seimbang :



Bakal ibu dan ibu mengandung. 

Pemakanan yang sihat dan seimbang amat penting untuk bayi. Ya ramai yang tahu bahawa apa yang baik untuk ibu maka ia baik untuk bayi. Ibu mengandung atau bakal ibu amat memerlukan protien untuk pertumbuhan sel bayi yang sihat. Protein juga membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutama semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan tumbesaran yang cepat.
Ya protein juga membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak. 


Ibu yang menyusukan bayi.

Susu ibu amat baik untuk bayi terutama 6 bulan yang pertama. Maka ibu yang menyusukan bayi memerlukan 2 kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Pengambilan protein penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dan penghasilan susu ibu . Selain itu protien penting untuk pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah komponen penting di dalam susu ibu.


Mereka yang menjaga berat badan.

Seseorang yang mengalami kadar metabolisme yang tinggi akan membantu membakar lebih banyak kalori berbanding dengan seseorang dengan kadar metabolisme yang rendah. Pengambilan lebih banyak protein penting untuk membantu meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama. Selain ia juga membantu mengawal pengambilan kalori untuk pengambilan makanan seterusnya. Pengambilan protein untuk golongan ini juga penting dalam usaha mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda maka lebih tinggi kadar metabolisme anda.


Ahli Bina Badan

Ahli bina badan memerlukan otot yang perlukan sokongan semasa melakukan latihan rintangan. Pengambilan lebih banyak  protien penting untuk membina semula dan memperbaiki otot jika ada yang tercedera. Protein juga penting untuk membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan yang lebih kuat, lebih cepat dan cergas.



Golongan pertengahan usia dan keatas. 

Apabila kita dah mula memasuki alam pertengahan ...badan kita akan mula mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot antara isu yang akan dialami. 
Pengambilan lebih banyak protein amat perlu untuk membantu melambatkan penuaan dengan menggabungankan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan. Selain itu ia membantu risiko kesihatan yang lebih rendah terhadap maslaah kesihatan yang berkaitan dengan jantung seperti kolestrol yang tinggi.


Hubungi k inna untuk info lanjut ya. 

Shaklee Independant ID : 1084335
H/P : 0133957655
#SMS/CALL/WHATSAPP/TELEGRAM#
FB : Inna Zue Zurin
Page : SeriZurin Nature Vitta e-shop
Blog : www.innazurin.blogspot.my
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

#proteinshaklee
#esp
#chinch
#proteinmemeliharaotot


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts