Friday 30 March 2018

Psoriasis dapat dirawat dengan Shaklee

Assalamualaikum w.b.t
Pernahkah anda mendengar penyakit atau perkataan PSORIASIS?
Sekiranya tiada waris atau sahabat handai yang belum pernah mengidap psoriasis sudah pastinya anda pun belum pernah dengar perkataan PSORIASIS kan. 

Saya merupakan seorang pengidap psoriasis lebih 20 tahun. Percaya atau tidak ini adalah realiti yang saya perlu tempuh dan berjuang dalam menangani penyakit psoriasis ini. Alhamdulillah saya diberikan kekuatan oleh ALLAH untuk menerima keadaan ini dan saya bersyukur kerana sentiasa positif untuk terus hidup seperti orang normal walaupun pada halikatnya saya mengidap psoriasis. 

Saya pasti setiap ujian itu ada hikmahnya. Bersabar dan redha dan jangan putus asa untuk terus mencari penawar untuk penyakit kita. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Cuma kita kena usaha mencari ubat, doa, tawakal dan ikhlas atas ujian ini. Jom tinjau lebih lanjut apa itu Psoriasis dan cara merawat dan mengawalnya. 



Apakah Psoriasis?

Psoriasis kelihatan seperti penyakit kulit tetapi ia sebenarnya adalah penyakit kronik gangguan autoimun yang mengakibatkan kulit kelihatan kering dan bersisik. Walau bagaimanapun psoriasis tidak berjangkit. 
2% pesakit adalah di kalangan rakyat Malaysia, kebanyakannya orang dewasa walaupun terdapat juga pesakit kanak-kanak. 



Psoriasis berbeza dengan kurap, sebab ia tidak berjangkit. Pesakit biasanya mengalami tompok-tompok di bahagian badan mereka dan bersisik. Ia boleh berlaku di siku, belakang badan kulit kepala atau tempat-tempat lain badan mereka. Pesakit turut boleh mengalami masalah kuku rapuh, tanda-tanda sakit arthritis iaitu salit sendi yang akan menyukarkan pesakit untuk bergerak. 

Punca Psoriasis

Banyak kajian mengatakan punca kepada penyakit ini adalah genetik. Tetapi puas saya cari keturunan belah ayah dan emak saya sekiranya ada yang mengidap psoriasis. Namun tiada tanda positif ianya dari keturunan yang terdekat. Kemungkinan dari keturunan yang jauh. Itu saya tidak pasti. 

Selain itu, ia juga berpunca daripada:
  • infeksi pada kulit
  • alah kepada beberapa jenis ubatan  atau penggunaan bahan kimia 
  • mengalami tekanan yang melampau akan mempengaruhi imunisasi sistem dan akan menganggu autoimune dan sistem badan akan merembeskan toksin
  • cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
  • perokok atau peminum arak tegar
Ada kajian mengatakan arak dan daging khinzir akan mendorong psoriasis yang lebih kritikal. 

Suplemen shaklee memang sangat membantu masalah psoriasis saya. Perlu diingatkan ya psoriasis sukar untuk sembuh 100% tetapi boleh dikawal dan kadang kala ia hilang dalam tempoh tertentu. Janji anda pandai kawal pemakanan dan stress anda. Sekiranya anda lagi stress maka akan lebih banyak lh psoriasis akan keluar. Jadi selalu berzikir bagi menenangkan jiwa.

Antara faktor yang memburukkan lagi keadaan  psoriasis :

1. Stress melampau - jangan ikutkan perasaan stress tu, cuba tenangkan fikiran dan berzikir. Apabila stress badan akan keluarkn toksin. Toksin ini akan mengaktifkan keluaran psoriasis kepada pesakit. 
2.  Kawal pengambilan gula. Kurangkan makan bergula dan berkahbohidrat. Karbohidrar akan ditukarkan kepada glokusa yang mana akan menggalakkan pengeluaran psoriasis pesakit. 
3. Elakkan makan makanan berkacang. Kacang akan menambahkan asid urik yang mana akan terus menggalakkan pengeluaran psoriasis. 
4. Elakkan kulit daripada terluka atau tercedera keeana psoriasis akan muncul di kawasan kulit yg luka kerana ada infeksi pada bakteria. 

Shaklee insyaallah dapat membantu pesakit psoriasis. Cuba amalkan dengan konsisten dan kurangkan pemakanan yang mendorong psoriasis seperti yang saya nyatakan diatas. 

Di antara vitamin shaklee yang sangat membantu dalam masalah psoriasis adalah :

1. VIVIX

Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol. Disamping tidak mengandungi alkohol dan hanya menggunakan bahan semulajadi. Ia merawat daripada peringkat sel. 

Kandungan polifenol yang didapati di dalam reseveratrol adalah 50 kali lebih bertenaga daripada vitamin C dan vitamin E. Antioksidan ini adalah anti radang yang sungguh kuat pada kulit, mengurangkan kesan pada kulit yang mempunyai masalah rosacea, eczema, psoriasis dan jerawat kronik. Polifenol mampu mempercepatkan penyembuhahan luka pada kulit bagi mengelakkan merebak dan seterusnya mengakibatkan masalah alahan.

2. GLA COMPLEX 

GLA Complex mengurangkan inflamasi kulit, eczema, psoriasis, alergik, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Insyaallah dengan mengamalkan gla complex  dapat membantu : 
  • kulit kurang merah macam sedang aktif tu
  • gatal berkurangan dan mungkin hilang terus bagi sesetengah orang
  • Kulit tidak bersisik lagi
  • Kulit jadi lebih halus dan lembut
3. Vita-Lea - sumber multivitamin untuk meningkatkan sistem imun bagi mengawal psoriasis

4. B-Complex - bertindak sebagai anti stress

5. OmegaGuard - bertindak sebagai terapi kepada penyakit autoimmune seperti SLE, psoriasis dan lain-lain. Bersifat anti radang untuk mengawal rasa gatal dan baik untuk membaiki struktur kulit menjadi lebih licin

6. Vitamin C - Mengekalkan integriti tisu badan seperti kulit, kulit akan kelihatan lebih cerah, berseri, tegang dan licin. Vit C juga membantu merangsang penghasilan kolagen didalam badan. Disamping meningkatkan sistem pertahanan badan. 

Di bawah adalah vitamin tambahan sekiranya anda ada budget lebih.

7.OsteMatrix sumber kalsium khas untuk pesakit yang mengalami masalah sakit tulang belakang selepas bersalin pembedahan. Malahan oste dapat mengurangkan keasidan badan.

8. Vita-E Complex - menentang radikal bebas yang merosakkan sel badan. Memudarkan parut bekas psoriasis dan meremajakan kulit.

9. NutriFeron - meningkatkan imun sistem

10. ESP - membantu pembentukan sel kulit baru yang lebih halus, bersih dan cerah. Membekalkan tenaga dan membantu  membakar kalori sehingga 30%.

Jangan risau bila tengok banyak sangat vitamin yang perlu diambil dan sudah pasti kepala dah berkira-kira jumlah wang yang perlu disediakan. Saya sedia membantu untuk khidmat nasihat vitamin utama yang perlu diambil mengikut budget anda dan panduan yang betul cara pengambilannya. Saya akan fokus kepada vitamin primer untuk merawat psoriasis. Insyaallah kita sama-sama berusaha. Semoga ALLAH bukakan jalan untuk kita. Aaminn. 

Ikuti blog saya untuk info lagi tentang psoriasis. Saya doakan agar anda yang diuji seperti saya akan lebih sabar, tabah, redha dan terus berdoa dan jangan lupa terus berusaha mencari penawar.

Tiada yang mustahil bila anda percaya. Insyaallah pasti ada penawar dan
jalan. 

Shaklee Independant ID : 1084335
H/P : 013 3957655 #SMS/CALL/WHATSAPP/TELEGRAM#
FB : Inna Zue Zurin
Page : SeriZurin Nature Vitta e-shop
Blog : www.innazurin.blogspot.my

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

#psoriasis
#psoriasisdanshaklee
#vitaminuntukpsoriasis
#puncapsoriasis
#kawalpsoriasis
#sayadanpsoriasis
#agentbangidanputrajaya
#surirumahjanapendapatan

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts