Tuesday 1 May 2018

MEMULIAKAN TETAMU

Assalamualaikum 

Hari ni saya sibuk betul menguruskan anak yang nak balik ke asrama. Biasalah anak lelaki leka dengan handphone sepanjang masa. Ibulah terkejar-kejar dengan masaknya, dengan pack barangnya dgn baju yang perlu digosok lagi. Macam tak cukup masa nak kejar semua. 



Alhamdulillah asrama ada menyediakan perkhidmatan bas muafakat. Jadi perlu hantar di pick up point sahaja. Kalau tak pukul 8 malam belum tentu sampai rumah lagi ni. Balik je hantar anak di pick up point bas, ada tetamu datang berkunjung ke rumah. Walau macam mana penat pun saya akan tetap melayan tetamu sebaik mungkin. Setiap tetamu yang berkunjung ke rumah kita sebenarnya pembawa rezeki. 

Dari Abu Hurairah R.A katanya: “ Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”

–         hadith riwayat Muslim

Sungguh hebat orang yang bergelar tetamu ini kan.  Sehinggakan Allah memuliakan mereka setinggi itu. Sehinggakan Allah dengan tegas membuat pertimbangan yang begitu besar agar memuliakan tetamu dan meletakkan nilainya sama dengan Beriman Kepada Allah dan Hari Kemudian (kiamat). Dengan erti kata lain, seseorang itu belum boleh disebut beriman selama mana ia tidak memuliakan tetamunya. 

Saya sempat berkongsi kebaikan vitamin Shaklee tadi. Alhamdulillah dia berminat. Syukur berkat memuliakan tetamu kan. ❤️❤️❤️

#memuliakantetamu

#berkatmemuliakantetamu

#sempatpromoshaklee

#agenshaklee

#agenbangi

#agenputrajaya

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts