Friday 25 May 2018

SHAKLEE UTAMAKAN KESIHATAN



Shaklee memastikan keberkesanan ketulenanpurity dan keselamatan - jauh melangkaui organik.
Kesihatan yang baik adalah perkara yang paling berharga di dunia. Tanpanya, semua perkara lain menjadi tidak bermakna. Kerana itulah setiap bahan yang dimasukkan ke dalam botol Shaklee telah dicipta untuk menjadikan anda lebih sihat. Dan kerana ia terbukti, anda pasti tidak sabar untuk bercerita kepada keluarga dan rakan mengenainya.
Di Shaklee, kami adalah penyokong tegar gaya hidup sihat, termasuk pilihan makanan yang sihat, suplemen yang bijak, dan senaman yang kerap - selama lebih 60 tahun!

SARANAN SHAKLEE
  • MAKANAN SECARA SIHAT - Pelan pemakanan sihat anda termasuklah pilihan menyihatkan yang menekankan kepada pengambilan buah-buahan, sayursayuran, bijian penuh, dan produk susu bebas-lemak atau rendah-lemak.
  • BERSENAM DAN CAPAI BERAT YANG SIHAT - Jadikan aktiviti fizikal yang kerap dan teratur sebagai komponen utama program pengurusan kesihatan anda untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh dan mengurangkan risiko penyakit kronik.
  • SUPLEMEN SECARA BIJAK -


  1.  Suplemen multivitamin/mineral yang komprehensif dan seimbang dengan sekurang-kurangnya 450mg kalsium dan vitamin D adalah memadai dan munasabah.
  2. Pastikan anda mengambil protein yang mencukupi setiap hari; ia adalah bahan pembina tubuh paling asas, untuk mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat.
  3. Cuba tingkatkan pengambilan asid lemak omega 3, EPA dan DHA, yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaiki tindak balas metabolik dan keradangan.
  4. Nutrien anti oksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada penuaan, jadi pastikan anda mempertimbangkan anti oksidan seperti vitamin C dan E, serta beta karotena.
  5. Pastikan pengambilan vitamin B kritikal termasuk asid folik, vitamin B6 dan B12, untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan yang sihat.
  6. Akhir sekali, dapatkan nutrisi probiotik untuk menyokong penghadaman yang sihat dan fungsi imun.
    *These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts