Wednesday 11 April 2018

AMALAN BULAN REJAB

Assalamualaikum wbt 

Sempena kita di bulan Rejab ini sis nak kongsikan bersama amalan yang dianjurkan perbanyakkan doa, amal zikir dengan ketentuan sebagai berikut :
Diriwayatkan Ibnu 'Asyaaakir dari Abu Umamah, sabda Nabi MUhammad (s.a.w) : "Lima malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha".

Oleh kerana itu dianjurkan:
  • Puasa pada malam Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al-Baqarah)
  • Bahawa di syurga ada sungai dinama 'Rejab' yang lebih putih daripada susu, lebih dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu(hadis).
  • Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us shaghiir).
  • Pernah Nabi Adam bertanya kepada tuhan, mengenai hari-hari yang disukai Allah, katanya:
" 'Nisbu Rajab' : Sesiapa yang menghampirkan diri dengan puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan dosanya diampuni, dengan bersedekah dan berzikir & menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga balasannya”.

  • Malam 15 dan 27 Rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam. Pada tiap-tiap rakaat dibaca fatihah salah satu surah.sesudah salam rakaat terakhir, bacalah :


100 kali

Maksudnya : "Maha suci Allah segala puji & puji bagi Allah, dn tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar."

Kemudian itu baca pula Astaghfar iaitu :


100 kali

Maksudnya : "Aku memohon keampunan Allah yang maha agung yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup yang berdiri sendirinya, dan bertaubat kepadanya. Kemudian sehabis bertasbih & Astahgfar itu, berdoalah, apa yang disukai mengenai dunia dn akhirat, asal saja jangan doa untuk maksiat. Kemudian esoknya (15 Rejab atu 27 nya) berpuasa sehari." (Imam Ghazali)

Dari Ibnu 'Abbas, katanya Nabi s.a.w) pernah bersabda : 
"Barangsiapa membaca pada bulan Rejab-Syakban dan Ramadhan pada antara Zuhur dan Asar :



Maksudnya:
"Aku memohon ampunan Allah yang maha agung yang tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang berdiri sendirinya, dan aku bertaubat kepadanya, taubat seorang hamba yang zalim, yang tiada menguasai akan dirinya, dan tiada dapat membuat, menolak mudarat & mafaat, dan tidak dapat menuasai kematian dan hidup serta kebangkitan.

"Barangsiapa berpuasa satu hari di bulan Rejab, seolah-olah dia berpuasa 1000 tahun, dan seolah-olah memerdekakan 1000 hamba sahaja, sesiapa bersedekah 1000 dinar, dan dicatat tiap-tiap rambut dan bulu dibadannya 1000 kebajikan, dan diangkatkan darjatnya 1000 darjat, dihapuskan daripadanya 1000 kejahatan dan dicatat juga ia bersedekah itu beroleh ganjaran 10 kali ganjaran haji dan umrah, serta didirikan baginya gedung di syurga". (Salman Alfarisy)

Penutup dari hadis ibnu Abbas itu, katanya :
"Nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan".


Shaklee Independant ID : 1084335
H/P : 013 3957655 
FB : Inna Zue Zurin
Page : SeriZurin Nature Vitta e-shop
Blog : www.innazurin.blogspot.my


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts