Tuesday 17 April 2018

Senyum itu satu sedekah


Tak rugi kita sedekahkan senyuman. Saya suka tersenyum, senyum akan membuatkan anda rasa tenang dan selesa. 
Senyuman hanya memerlukan 17 otot di muka kita bekerja berbanding dengan berkerut masam memerlukan 43 otot. Jadi senyumlah ini akan membuatkan anda nampak lebih muda. 




Jom tinjau 10 manfaat SENYUM ini:

1. Senyum membuat seseorang lebih menarik. Secara tidak sadar senyum boleh membuat orang lebih menarik kerana ada faktor daya tarik tertentu dan membuat seseorang terlihat lebih baik berbanding mengerutkan kening, masam atau mencebik. 

2. Senyum boleh mengubah suasana hati
Tersenyum boleh membantu seseorang mengubah suasana hatinya menjadi lebih baik. Oleh itu jika merasa sedih, cubalah untuk tersenyum.

3. Senyum boleh berjangkit. Tersenyum tak hanya mengubah suasana hati orang tersebut tapi juga orang-orang disekelilingnya, dan membuat hari-hari menjadi lebih bahagia. Ini kerana senyum boleh mengubah dan membawa kebahagiaan kepada orang lain.

4. Senyum boleh meredakan stres. Orang yang stres boleh terlihat dari wajahnya, tapi dengan tersenyum boleh mencegah seseorang nampak letih dan penat. Jika sedang stres, cubalah ambil waktu untuk tersenyum, kerana senyum boleh mengurangi stres sehingga mampu menghasilkan idea untuk menanganinya. 

5. Senyum meningkatkan sistem imun tubuh. Tersenyum boleh membantu sistem imun tubuh untuk bekerja lebih baik. Ketika seseorang tersenyum maka fungsi imun meningkat yang membuat seseorang merasa lebih rileks dan terhindar dari penyakit sakit kepala. 

6. Senyum menurunkan tekanan darah
Ketika tersenyum maka ada penurunan nilai tekanan darah yang terukur. Cubalah mengukur tekanan darah saat duduk di rumah sambil membaca, lalu tersenyum selama 1 minit dan mengukur tekanan darah kembali, maka akan nampak perbezaan.

7. Senyum boleh melepaskan endorfin, penghilang rasa sakit. Kajian telah menunjukkan senyum boleh melepaskan endorfin, yang boleh mengurangi rasa sakit hang dialami. Ketiganya boleh membuat orang merasa lebih baik dan menjadi ubat kepada sakit yang alami.

8. Lipatan senyum di wajah boleh membuat orang nampak lebih muda
Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum boleh membantu mengangkat wajah sehingga membuat orang tampak lebih muda. Karenanya cobalah lebih sering tersenyum yang membuat merasa lebih muda dan lebih baik.

9. Tersenyum boleh membuat orang nampak berjaya. Orang yang tersenyum akan nampak lebih berkeyakinan dan percaya diri sendiri. 

10. Senyum boleh membantu orang tetap positif. Senyum akan membuat orang lebih positif dan mengurangkan fikiran negatif. Dengan mengurangi depresi, stres dan risau maka kesihatan seseorang juga akan meningkat dan terhindarnya dari berbagai risiko penyakit.

Oleh itu murahlah dengan senyuman. Dapat pahala lagi tau. 



#Sumberpakgoogle

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts