Tuesday 24 April 2018

IBU TUNGGAL DENGAN BIZ ROTI MURAH DAN LAZAT

Assalamualaikum wbt

Hari ni saya ingin berkongsi kisah bagaimana  seorang ibu tunggal menyara 4 orang anak dengan berniaga roti, kuih kapit dan bawang goreng di Bangi. Bagi saya kak salmi seorang ibu yang sangat hebat. 

Saya berkenalan dengan kak Salmi secara kebetulan kerana menguruskan makanan untuk kelas tambahan anak-anak tahun 6 Abu Bakar di sekolah anak saya.  Kak salmi sangat tabah dalam membesar kan anak-anaknya bersendirian selepas kematian suami 3 tahun yang lalu. Tambahan pula anak bongsu kak Salmi adalah OKU. Saya sangat kagum dengan semangat beliau. 




Kak Salmi meniaga roti yang sangat murah daripada harga pasaran. Di mana anda tak akan dapat di mana-mana. Percayalah rasanya sangat sedap seperti anda beli di bakery tau. Hanya rm1 untuk setiap jenis roti. Murah sangatkan. 








Selain daripada itu kak salmi turut meniaga kuih kapit kosong, berinti coklat dan kacang. Inipun saya suka. Memang sedap dan murah. Berbaloi-baloi.  Selain daripada itu ada juga bawang goreng. Yang mana 100% bawang goreng ya. Bawang goreng kak salmi sangat famous di bangi. 

Kepada anda yang berminat nak beli bolehlah hubungi kak salmi ya di talian 0183142304

#rotimurahbangi
#kuihkapit
#bawanggoreng
#ibutunggal
#kaksalmi
#sayarespectkaksalmi


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts