Monday 23 April 2018

Kenali Apa Itu Hipotensi (Tekanan Darah Rendah) dan Cara Atasinya

Assalamualaikum wbt

Hari ni saya nak bincangkan topik TEKANAN DARAH RENDAH iaitu perkataan saintifiknya ialah HIPOTENSI. 

Pernahkah anda merasa ketika berdiri lama, kemudian tiba-tiba merasa pening dan mata berpinar-pinar, bahkan sampai jatuh pengsan. Mungkin ada yang mengatakan hal itu terjadi kerana anda belum makan seharian. Namun tahukah anda, sebenarnya boleh jadi itu sebenarnya adalah tanda-tanda bahawa anda mengalami tekanan darah rendah atau biasa disebut dengan hipotensi.

Hipotensi merupakan keadaan di mana tekanan darah di dalam arteri lebih rendah daripada tekanan darah normal. Ketika darah mengalir melalui arteri, darah akan memberikan tekanan pada dinding arteri, tekanan tersebut yang dinilai sebagai ukuran kekuatan aliran darah dan disebut dengan tekanan darah. Kekurangan jumlah darah yang mengalir ke otak dan organ utama lainnya seperti otak atau ginjal, dapat terjadi apabila tekanan darah terlalu rendah. Perkara ini lah yang mengakibatkan kepala terasa pening, badan tidak stabil, dan boleh menyebabkan pengsan.

Terdapat 2 jenis bacaan tekanan darah iaitu: 
  1. Tekanan darah sistolik - bacaan pertama atau yang paling tinggi (atas), tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup dan mengisi mereka dengan darah
  2. Tekanan diastolik- bacaan kedua atau bahagian bawah, tekanan dalam arteri apabila jantung terletak di antara denyutan
Ukuran normal tekanan darah seseorang dengan ukuran tinggi badan, berat badan, tingkat aktivitas normal dan kesehatan secara umum adalah 120/80 mmHG. Namun demikian, beberapa orang mungkin mempunyai nilai tekanan darah dalam lingkungan 110/90 mmHg atau 100/80 mmHg akan tetapi mereka tidak/belum atau jarang menampakkan beberapa simptom sehingga perkara itu dirasakan biasa saja dalam aktiviti seharian mereka. Apabila keadaan itu terus berlanjutan, ditambah dengan beberapa faktor yang memungkinkan mendorong penurunan tekanan darah yang signifikan seperti berpeluh-peluh sejuk yang banyak disebabkan kurang minum, kurang tidur atau kurang berehat (penat dengan aktivit berat) serta haid dengan pendarahan berlebihan (abnormal) maka tekanan darah akan mencapai bacaan rendah (hipotensi) 90/60 mmHg.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan tekanan darah rendah, seperti kehamilan, alergi, faktor psikologi, atau masalah pada jantung. Walau bagaimanapun tidak semua tekanan darah rendah merupakan keadaan serius, Anda tetap tidak boleh mengambil remeh hal ini kerana dalam keadaan tekana darah yang sangat rendah boleh meyebabkan kematian.


Apakah gejala tekanan darah rendah yang sering terjadi?

Tekanan darah rendah merupakan tanda tidak cukupnya darah yang mengalir pada otak dan organ utama lainnya, sehingga dapat menyebabkan beberapa gejala seperti:
  • Pening atau badan terasa ringan
  • Pengsan
  • Penglihatan kabur
  • Degup jantung lebih cepat dari normalnya dan iramanya menjadi tidak teratur
  • Merasa kebingungan
  • Mual atau merasa tidak sedap badan
  • Lemah
  • Berpeluh sejuk
  • Kulit pucat (pucat kerana sakit)
  • Merasa haus atau dehidrasi – dehidrasi selalu menjadi penyebab tekanan darah menurun
  • Susah fokus.
Apabila tiba-tiba Anda mengalami gejala hipotensi seperti di atas, sebaiknya Anda segera meminum air putih, menghentikan kegiatan yang sedang Anda lakukan, kemudian duduk atau berbaring. Biasanya gejala-gejala tersebut akan segera hilang setelah beberapa ketika.

Penyebab Hipotensi - Tekana Darah Rendah
Ada beberapa faktor yang biasanya dapat menjadi penyebab tekanan darah rendah, iaitu:

1. Anemia
Anemia adalah keadaan di mana kandungan hemoglobin di dalam darah rendah. Salah satu gejala anemia adalah tekanan darah rendah.

2. Cuaca
Cuaca udara yang lebih panas dapat menjadi penyebab tekanan darah rendah pada seseorang. Orang yang rutin berolahraga, atau yang sedang berada dalam keadaan rileks biasanya memiliki tekanan darah yang lebih rendah.

3.  Penyakit Saraf
Salah satu penyakit saraf yang mampu menimbulkan hipotensi adalah penyakit parkinson. Ini terjadi saat penyakit parkinson menjangkiti sistem saraf yang mengatur fungsi tubuh otonom seperti mengendalikan tekanan darah.

4.  Dehidrasi
Dehidrasi boleh terjadi karena tubuh kekurangan air dan boleh disebabkan kerana diare, kurang minum atau malah ketika puasa.

5.  Kesan Sampingan Ubat
Beberapa jenis ubat yang boleh menurunkan tekanan darah adalah ubat anti stress dan ubat anti hipertensi seperti alpha-blocker dan beta-blocker.

6.  Neurally Mediated Hypotension
Keadaan yang terjadi ketika seseorang berdiri terlalu lama, sehingga aliran darah berkumpul pada bahagian bawah tubuh.


Cara-Cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah

Pada umumnya hipotensi boleh diatasi dengan melakukan beberapa perkara berikut:


1. Sebaik mungkin untuk tidak berdiri terlalu lama.
2. Memperbanyakkan minum air putih agar terhindar dari dehidrasi yang menjadi penyebab hipotensi.
3. Mengambil makanan yang mengandung garam. Kandungan sodium  dalam garam dapat menaikkan tekanan darah.
4.  Tidur dengan 2-3 bantal agar ketika bangun dan berdiri tidak mengalami penurunan drastik terhadap tekanan darah.
5. Berhenti pengambilan minuman yang beralkohol.

6. Kurangkan minuman berkarbonat
7. Senaman yang bersesuaian untuk membantu melancarkan pergerakan darah. Dan pastikan dapat rehat secukupnya selepas bersenam.
8. Elak mengangkat benda berat
9. Elak guna air panas / pergi spa
10. Makan sedikit2, tetapi kerap dan perlu berehat seketika selepas makan.




Vitamin Shaklee yang membantu mengatasi hipotensi - tekanan darah rendah adalah seperti berikut :
  1. Vitalea - Lengkap dengan sumber vitamin & mineral.
  2. B complex - Mengurangkan stress, penghasilan tenaga.
  3. Vitamin C - Meningkatkan sistem imunisasi/ketahanan badan.
  4. Ostematrix - Kalsium penting untuk mengawal selia tekanan darah.
  5. E.Soy Protein - membekalkan sumber protin dan tenaga
  6. Mealshake - Memenuhi keperluan sumber vitamin dan mineral
  7. Performance Drink - Mengelak dari hidrasi
Hubungi saya untuk info lanjut dan pesanan ya. 0133957655

Shaklee Independant ID : 1084335
H/P : 013 3957655 
FB : Inna Zue Zurin
Page : SeriZurin Nature Vitta e-shop
Blog : www.innazurin.blogspot.my

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Sumber : Hellosihat

#atasitekanandarahrendahdenganshaklee
#vitamintekanandarahrendahshaklee

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts