Wednesday 25 April 2018

BIAR IMPIAN TINGGI MELANGIT

Assalamualaikum wbt

Pernah kah anda berIMPIAN tinggi melangit? Saya pasti semua orang pernah berIMPIAN kan. Tak rugi kita punya IMPIAN kerana IMPIAN itu menenangkan kita dan kadang kala menjadi pendorong untuk kita terus maju ke depan dan akhirnya berjaya. 



Orang kata biar IMPIAN tinggi melangit bagai nak capai bintang dilangit dan paling kurang tinggipun sampai pokok kelapa. Fuhhh tinggi tu. Kenapa perlu ada IMPIAN yang tinggi melangit ni! 



IMPIAN lah yang akan mendorong kita berusaha untuk mencapai apa yang diIMPIKAN. Melalui IMPIAN juga terHASILnya apa yang kita impikan. Misalnya IMPIAN menunaikan haji atau umrah, impian punya rumah besar, impian melancong ke luar negara, impian nak hidup senang dan segala macam impian kita boleh IMPIkan. 

IMPIAN ni nak capai ada syarat dan caranya iaitu :
🌸 USAHA sehabis baik iaitu bekerja keras untuk mencapai IMPIAN. 
🌸 DOA dan jaga hubungan dengan ALLAH. 
🌸 TIRU cara orang yang berjaya tu buat sampai dapat. Misalnya upline shaklee telah berjaya menunaikan umrah vip shaklee. Mesti ada CARA nya, belajar daripada dia dan cuba praktikkan. 
🌸 FOKUS dan TARGET dengan apa yang kita impikan nak capai dan berdikari dalam mengejar impian. 

Jadi tak salah kita punya IMPIAN. Boleh dikatakan saban tahun kita ada IMPIAN barukan. Cuma kali ini cuba kita target satu IMPIAN dan buat sampai berjaya. 

Bestnya tengok  pasukan shaklee yang terpilih untuk menunaikan umrah tahun ni. IMPIAN saya mudah-mudahan saya dan suami terpilih untuk ke tanah suci Mekah seperti mereka suatu hari nanti. Insyaallah tiada yang mustahil bila anda percaya dan berusaha. Aminnn. Doakan saya ya❤️❤️❤️

#impiansaya
#impiantinggimelangit
#impianakanmenjadikenyataan
#sayajualshaklee
#agenbangiputrajaya
#surirumahluarbiasa

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts