Wednesday 25 April 2018

RAHSIA BESAR MENCIPTA HUBUNGAN MAWADDAH DI DALAM RUMAH TANGGA

RAHSIA BESAR MENCIPTA HUBUNGAN MAWADDAH DI DALAM RUMAH TANGGA

Perkongsian bersama daripada mek Opie. 



Ya,rahsia besar yang tak ramai orang tahu,terutamanya pasangan suami dan isteri.Izinkan Mek Opie kongsi kan sedikit RAHSIA BESAR ini.

Tak lama,hanya pinjam 5 minit sahaja untuk membaca.

Baru baru ni waktu Mek Opie balik Johor,Mek Opie berpeluang bertemu dengan seorang Ustaz,iaitu Ustaz Sadini.

Ustaz Sadini merupakan seorang bekas doktor,dan berkahwin dengan anak dari Mufti Brunei.Tutur kata memang begitu menenangkan jiwa yang mendengar setiap tazkirah yang keluar dari mulut nya.

Sempat Mek Opie bertanya pada dia,

"Macamana nak buatkan suami mendengar nasihat dan pendapat isteri?Sebab macam yang kita tahu,ramai suami diluar sana yang meletakkan ego di depan sekali bila buat apa apa keputusan di dalam rumah tangga"

Ustaz Sadini jawab,

"Sebelum tu saya nak tanya,pernah tak kamu mendoakan angota badan suami kamu?"

Ustaz Sadini pandang semua yang hadir,dan tanya lagi pada yang lain,

"Ada doakan anggota badan suami?Suami pulak,ada doakan untuk anggota badan isteri?"

Ustaz Sadini pandang Mek Opie semula,menunggu jawapan.Ahhh sudah!Apa nak jawab?Sebab Mek Opie tak paham maksud soalan tu 😂

Tapi Mek Opie jawab juga,

"Saya biasa doakan suami saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat,minta supaya ALLAH permudahkan setiap usaha suami mencari rezeki,menjadi suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab"

Ustaz Sadini,

"Baik.Saya tak cakap benda tu salah yer.Cuma kurang betul.Kurang betul sebab pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara 1 sama lain.Tapi tak ramai pasangan buat perkara ni.Sebab tu kurangnya hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga"

Persoalannya,bagaimana nak mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara specific?

Di sini Mek Opie kongsi kan yerrr.

💖 Pegang tangan suami/isteri kita,usap tangan nya sambil baca 

Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a'zabannar,

Habis baca sambung,

YA ALLAH,BERKATI TANGAN SUAMI/ISTERIKU AGAR DIGUNAKAN KE JALAN YANG BAIK,DI HARAMKAN DARI API NERAKA

Pelik?Yer,kami semua yang hadir pun tercengang.Doa makan?Itu yang Ustaz Sadini bagitau,ramai ingat doa makan di baca ketika makan sahaja.Sedangkan banyak fungsi doa makan tu,untuk minta apa saja yang kita ada diberkati ALLAH.

💖 Ulang perkara yang sama di setiap anggota badan pasangan kita

💖 Ketika isteri hamil,baca kan juga doa tersebut,sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri

💖 Ketika sedang bersama,lekap kan tapak tangan di dada suami/isteri,dan bacakan doa tersebut,minta hatinya di berkati ALLAH dan tidak terpikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak di sukai.Minta diharamkan hati nya dari api neraka

ALLAHUUU,Mek Opie yakin ramaiiiii sangat yang tak tahu perkara ni kan?Pernah doakan tak anggota tubuh pasangan kita?

Dan yang terakhir ustaz Sadini kongsikan,ketika suami bawa balik sekampit beras.Waktu di tuang ke dalam tong beras,pegang butiran beras tu sambil bacakan juga ,

Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a'zabannar

Doa agar setiap butiran beras tu diberkati oleh ALLAH SWT.

Mek Opie izinkan kalian SHARE, agar lebih ramai mendapat ilmu kecil,yang merupakan salah 1 RAHSIA BESAR mendapatkan hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga 💖

#doamakanbesarMaknanya
#agenshaklee
#surirumahluarbiasa

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts